It just fun to write without being interrupted

August 13, 2015

DIA yang utama

Salam,

Ada masanya kita terlalu benci, benci pada diri kita. Kalau mahu dicampak kesemua sesalan dahulu, tentu berkerah juga tenaga dan segala kudrat aku. Hitam, aku rasa kalau hati aku warnanya putih, sekarang dah hitam pekat tak terlihat putihnya. Katanya setiap dosa akan menambahkan titik hitam pada hati, nah, nak letak mana lagi titik hitam tu, aku pon dah tak tahu. Sepertinya tiada lagi kesan putih di sini.

Ada kalanya aku harap Tuhan dapat bersihkan semula hati aku, macam Dia cuci hati Rasulullah dulu. Demand sangat nak mintak cuci, padahal tahap kasih pada Tuhan masih belum sampai kesitu. Bila didengarkan kisah-kisah wali yang diceritakan ustaz Arab aku setiap hari khamis semasa di UIA dulu, mahu sahaja aku menangis terus. Jauh, terlalu jauh perjalanan aku. Terlalu banyak menyimpang pun satu.

Terasa sesak juga nafas aku menjalani jalan-jalan tahun ini. Ada juga masa aku tersungkur, terlalu banyak sebenarnya. Tapi Tuhan masih bangunkan aku. Sungguh dia masih disisi. Kalau manusia? Bila kita tersungkur, tidaknya dibantu, malah dimarahkan lagi kerana tidak berhati-hati mengorak langkah.

Tak mengapalah. Dia masih ada bukan?
Itu yang utama bukan?

Tapi...
tamat pada bilanya perjalanan ini, 
aku takkan bersedia, aku tak pernah bersedia.  
Sungguh.
Read More

© Waney.S, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena