
Aku percaya apa sahaja yang ada pada aku sekarang sudah cukup bagiku. Terlebih cukup sehinggakan ada nikmat yang aku rasa tidak layak untuk aku rasakan. Tapi aku lebih bersyukur rasanya pabila Dia tarik sedikit nikmat itu daripada aku.
Dia gagalkan aku dalam sesuatu, untuk mengingatkan aku pada kelemahan.
Yang setinggi manapun kita, ada waktu kita jatuh terluka untuk mengingatkan kita bahawa kita sentiasa berpijak pada tanah, pada kehinaan darjat kita sebagai hamba.
Dia biarkan aku melakukan silap, untuk mengingatkan aku pada...