December 28, 2014
Ajarkan aku
Bawakan aku terus pada kamu
Jangan dekati aku dengan mereka
Ajarkan aku cinta
Ajarkan aku pahit di sini
Ajarkan aku manis di sana
Ajarkan aku pada keindahan
pada percikan warna dan udara yang kau hembuskan
Ajarkan aku pada kesengsaraan
pada hati hati buta yang butuh diperingatkan
Jika aku jatuh lagi,
tersisir jauh dari pandangan itu
desir kecil aku harap kau kalihkan mataku ke situ
Bukan niatku untuk meminta tapi ini harapan kecil aku yang kerdil kerana aku tahu, kau tidak pernah mengecewakan. Kau tidak akan mengecewakan. Kau adalah satu satunya yang aku pasti.
Kau adalah kepastian.
Satu satunya kepastian di titik ini.