It just fun to write without being interrupted

May 24, 2015

Insan kerdil

Aku marah,
tatkala dibawanya dia pergi jauh dari aku
Aku marah dan kecewa.

Aku persalahkan semuanya.
Aku mempersoal semuanya.
Mana mungkin dapat ditanggung berkali kali dijauhkan.
berkali kali dipisahkan.
Aku juga mahu gembira
Aku juga mahu tersenyum dan ketawa

Aku marah pada Dia
ternyata buta hati aku waktu itu
ternyata kabur sungguh penglihatan hati ini
ternyata aku sudah dibutakan mata hatinya

Mana mungkin aku sebegini dekat padaMu
Mana mungkin aku sedar harga cinta sebenar
Mana mungkin aku terbangun dari tipuan lena
Jika mataku hanya terpandang pada disini

Disana itu jauh lagi,
tak terbayang indahnya.




Maafkan aku kerana lupa pada Cinta Disana
kerana terlalu mencari cinta di sini.

© Waney.S, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena