_____________________________________________
Jangan.
Yang namanya HAKIM itu hakikatnya hanya Tuhan kerana tiada yang lebih adil selain Dia yang Maha Adil. Belajarlah untuk berbaik sangka walaupun sukarnya seperti meletakkan tangan pada bara. Kita cuba.
Setiap kali terlintas sesuatu yang buruk di fikiran tentang si fulan atau si fulan, cepat- cepat kita istighfar dan berkatalah pada Tuhan "Ya Allah, jauhkan aku dari sangka-sangkaan. Kau tariklah semua rasa buruk sangka ini dan gantikan rasa rendah diri. Beri kami taufik & hidayahMu agar kami boleh sama-sama mengecap syurgaMu"
Orang yang kita hina & benci hari ini boleh jadi lebih mulia di mata Pencipta dan mungkin dia mati dalam keadaan beriman & sempat bertaubat. Kita? Siapa beri jaminan?
Renung-renungkan...