January 15, 2014

Silam

 

bila aku kata "aku tak suka konfrontasi",
percayalah--
aku sedang menyelamatkan engkau dari aku.

kebinatangan dalam diri ini akan keluar,
bila berada di saat genting.

percayalah--
di konfrontasi--
aku lebih bisa dari jengking.
 
 
-diambil dari kata kata Fynn Jamal
 
 

Sungguh aku tidak suka pada konfrantasi yang asasnya dari salah fahaman.

Ingin aku nyatakan disini Silam itu abstrak sifatnya.
Kau boleh letak Silam sebagai sesuatu, tapi sungguh pon begitu Silam tidak akan sempurna tanpa ada yang lainnya. Silam untuk aku tidak spesifik, jisimnya seperti udara, tiada bentuk.
Kau boleh letak Silam kau seperti air, yang berubah mengikut bentuk. Tapi dalam cerita aku silam itu lebih general.

Aku harus akur yang bukan semua hasil tulis kita boleh diintrepretasi secara bulat bulat mengikut susur yang kita aturkan. Semua ada jalan dan sisi pandang masing-masing. Silam ini proses kemanusiaan, terjadi semestinya pada semua. Aku cuma melakarnya mengikut acuan aku. Harapan aku, moga bisa memberi sedikit intipati pada yang membaca. Moga ada yang berkata, "Oh, ternyata bukan aku seorang sahaja yang melalui rasa ini". 


Nota kaki khas untuk kau: Silam aku banyak, kau mungkin satu bahagian dalam dunia Silam aku. Tapi bukan kesemuanya. Terima kasih apa apa pun, kerana kau juga Silam aku, kau juga ada memberi kesan dalam hidup aku sekarang.