April 14, 2014

Telapak Buruk vs Berembun 12/4/14

Sedikit info mengenai Gunung Telapak Burok dan Gunung Berembun. 

Gunung Telapak Buruk (GTB) terletak berhampiran dengan Kampung Ulu Klawang, Negeri Sembilan Darul Khusus. Gunung yang berada di kedudukan latitud U2°50'28" dan longitud T102°04'14 ini mempunyai ketinggian setinggi 1,193 meter (3,913 kaki) dari aras laut. Gunung Berembun 690 meter dari aras laut yang terletak di daerah Jelebu, Negeri Sembilan. Namun bukan ketinggian yang menarik perhatian untuk ke gunung ini tetapi tinggalan sejarahnya. Di antara dua buah gunung ini terdapat bangkai kapal terbang British yang terhempas suatu ketika dahulu dalam melaksanakan satu misi. Sebahagian sisa bangkai kapal terbang ini telah diambil dan dimasukkan ke dalam Muzium Tentera di Port Dickson. 23 Ogos 1945, pesawat pengebom B-24 berlepas dari Cocos Island, Australia dalam satu misi ‘resupply’ pasukan ‘Force 136′ , namun seminggu kemudian mereka telah dilaporkan terhempas atas faktor yang tidak dapat dikenal pasti (dan mengorbankan semua krew). Sebahagian pesawat telah ditemui pada tahun 1996 di Negeri sembilan sebelum ‘pencarian rasmi’ pada 22 Disember 2006.