May 21, 2014

Life in IIUM

Aku bukan nak cakap apa. Tapi aku suka kehidupan kat UIA. sumpah aku rasa macam nak graduate lambat lambat supaya aku boleh stay kat UIA tu lelama. tapi oleh sebab kalau aku tak graduate makanya selagi itulah aku takleh kahwin *ehhh?* jadinya aku kena cepat2 graduate. oke ini merepek. sila abaikan perenggan pertama post ni. 
__________________________________________________________________________________

baiklah, banyak benda yang aku suka pasal UIA ni tapi untuk episod kali ni aku hanya akan cerita beberapa point je kay uolss. 

1. UIA cantik dan bangunan dia macam Hogwarts, School of Witchcraft & Wizardy. 
betul oke, ini betul. bukan nak gebang tapi memang aku rasa UIA cantikkkk sangat. hihihi. And and kalau kau memang gila Harry Potter dan kau suka merendek merata sampai seantero UIA tu kau dah terjah, kau akan faham maksud aku. jangan memain weyh, aku 1st year dah pusing satu UIA hokayy. kau tahu tak UIA ada tempat helikopter mendarat, haaa haaa? mana mana? 


and bangunan kat KAED lawaaa. itulah kuliyyah paling lawa. mesti la kan, dah nama pon dorang bakal bakal Architect. ._.


2. Bilik aku tak pernah reti nak panas. 
Tolonglah sesiapa jelaskan misteri pasal bilik aku. Kalau musim sejuk *UIA ada winter oke sila percaya*, sumpah sejuks tahap maksimas macam Winter waa cakap sama lu. Gua punya bilik tarak perlu itu air cond, pasang kipas 2 lu olang dah gigil macam kat Amerika gitu. Gua kasi selimut itu badan pun gua gigil macam Parkinson.

3.Foreigner UIA standard muka nak ala Van Persie & Fabregas je
Tall, Style & Handsome. enough said. 
*tapi ini tertakluk pada terma dan syarat. Fakta ini mungkin terlalu overgeneralisation tp who cares?*

4. Anak anak warga Afrika yang gangster wa cakap sama lu
Cuba bayangkan budak kecik umur 1-2 tahun, rambut botak yang gaya Afrika tu, dan sudah boleh berjalan. 

Lintas jalan *LIKE A BOSS* kereta moto dia kasi redah je dia taiko besar tu. 
Bawak duit sehinggit pergi kedai beli kejadah haram sekati dia je *LIKE A BOSS*
hulur duit *LIKE A BOSS* cukup tak cukup dia peduli hapa, 
jalan bajet macam student Universiti *LIKE A BOSS*
tegur abang abang Afrika lain *LIKE A BOSS* 
dia ingat tu geng geng dia lah konon tegur gaya gangsta gitu *again, LIKE A BOSS*. 


*Gangsta wa cakap sama lu*

Tapi African child favorite aku tu dah takde dah sejak masuk 2nd year. Agaknya mak dia tak larat dah nak kawal kegangstaan dia yang makin menjadi-jadi. kalau dia dah besar dan tetbe dia lalu kat belog ni & boleh faham bahasa Melayu. tulus dari hati, aku rindu dia.  Y.Y

besar nanti adik tolong mak adik ye, penat mak nak jaga adik taiko sgt masa kecik dulu. 
__________________________________________________________________________________

Oke, cukup lah 4 je reasons aku bagi buat kali ini. yang lain lain kita berjumpa lagi di episod yang akan datang, pada hari dan waktu yang sama! *zzzz*